TFTN – TEACH FOR THE NEED

Ramai anak- anak yatim hari ini tidak berpeluang mendaptkan pengisian rohani dan spiritual atas pelbagai sebab. Antaranya adalah disebabkan oleh masalah kewangan, tiada waris yang mampu untuk membimbing mereka dan sebagainya. Jika kita mahu mendefinisikan anak-anak yatim ini lebih dekat, mereka lebih memerlukan sokongan dari segi moral, spiritual, rohani dan jasmani.

SMART IQ GROUP melalui Smart IQ Yatim House menyokong projek yang berkaitan dengan pembangunan diri bagi golongan anak yatim fakir miskin ini. Matlamat utama Smart IQ Yatim House adalah untuk meningkat motivasi diri mereka dalam mengharungi cabaran hidup bersama  masyarakat di luar sana. Kami bertekad untuk memastikan bahawa tidak ada anak yatim yang sepatutnya menjalani kehidupan, bekerja mendapatkan pendidikan yang sempurna terlepas pandang dari mata masyarakat sekeliling. Satu strategi penting yang harus dilakukan bagi mengelak kejadian seumpama ini berlaku adalah dengan menghulurkan bantuan yang sepatutnya kepada anak- anak yatim miskin tersebut bagi menikmati kehidupan seperti mana anak- anak di luar sana yang masih mempunyai ibu bapa.

Atas sebab itu, matlamat Smart IQ Yatim House adalah memperjuangkan hak anak yatim yang perlu dibela kerana Rasulallah menjanjikan balasan yang besar bagi sesiapa yang menanggung anak yatim ini bukan saja dari segi keperluan asas seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal saja, malah keperluan rohani mereka juga perlu dipertimbangkan dan dipenuhi. Projek ini  merupakan satu daripada langkah menyeluruh untuk mencegah daripada pengisian jiwa yang tidak sepatutnya kepada anak yatim ini, tetapi juga adalah satu cara mengelakkan dari berlakunya pengakhiran yang kurang menyenangkan bagi anak yatim ini – hidup didalam kelalaian dan ketinggalan dari segi pencapaian dalam hidup.

Smart IQ Yatim House Give for The Need Fund ini ialah satu dana khas untuk anak yatim sasaran bagi mengikuti program- program pembangunan jiwa anak-anak dalam meningkatkan motivasi dalam kehidupan mereka.

MENGAPA PERLU LAKUKAN SEMUA INI?

  • Memberikan pengisian mengikuti program pembangunan jiwa seperti anak- anak berkemampuan yang lain dan pengalaman yang bermakna dan bermanfaat, di mana para jurulatih akan bantu mereka serta menjadi pendorong semangat kepada anak yatim yag kurang bernasib baik ini untuk belajar memberi dan menerima dalam kehidupan sebuah masyarakat yang harmoni dan penyayang.
    • Membantu anak yatim yang kurang bernasib baik ini lebih ruang dan peluang untuk belajar demi masa depan yang lebih cerah.

BAGAIMANA UNTUK TURUT SAMA MENYUMBANG?