PENGENALAN

عَنْ سَهْلِ بَْنِ سَعْدٍ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولَ اَللَّهِ صلى الله عليه وسلم : أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِى الْجَنَّةِ هكَذَ، وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ وَالْوُسطَى وَفَرَّجَ بَيْنَهُمَا شَيْئاً

Dari Sahl bin Sa’ad Radhiallahu ‘anhu dia berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di surga seperti ini”, kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengah beliau shallallahu ‘alaihi wa sallam, serta agak merenggangkan keduanya.[HR al-Bukhari no. 4998 dan 5659]

Hadits yang agung ini menunjukkan besarnya keutamaan dan pahala orang yang meyantuni anak yatim, sehingga imam al-Bukhari rahimahullah mencantumkannya dalam bab: Keutamaan Orang Yang Mengasuh Anak Yatim.

Berdasarkan hadis diatas menunjukkan darjat serta kebesaran orang yang mengasihi, mejaga dan memuliakan anak yatim sangat tinggi darjatnya. Alhamdulillah ramai di luar sana yang sangat dermawan, bukan sahaja dari segi wang ringgit, malah tenaga, masa serta doa yang tidak henti dalam membantu golongan yang lebih memerlukan. Tetapi ia masih tidak mencukupi, terlalu ramai yang diuji dengan kesengsaraan, kesusahan, kesukaran, kesihatan yang terganggu serta hidup dalam serba kekurangan.

Visi SMART IQ YATIM HOUSE ialah Mendidik, Memberi Inspirasi dan Menambah Nilai kepada Masyarakat yang memerlukan demi membentuk dunia yang lebih Bermotivasi. Ditubuhkan pada 14 Disember 2015, ia bertujuan bagi meringankan beban golongan-golongan yang memerlukan serta menambah nilai kehidupan mereka. Kami bertindak sebagai medium perantaraan antara penyumbang dan penerima.

Antara usaha kami adalah menyalurkan bantuan kepada golongan-golongan seperti   Anak Yatim Miskin, Ibu Tunggal, keluarga Miskin Daif dan juga golongan yang kurang bernasib baik.

 

Kami juga mengutamakan pendidikan Al-Quran sebagai salah satu bentuk bantuan yang perlu dititik berat kepentingannya. Melalui pendidikan Al Quran, generasi Insan yang berilmu, berakhlak mulia dan berhemah tinggi dapat dipupuk. Dengan harapan, generasi ini dapat menjadi penyumbang yang aktif untuk membantu golongan yang memerlukan dimasa akan datang.

Kita sering lupa, kehidupan ini akan lebih bermakna jika ia diberikan cahaya keberkatan. Terdapat banyak cara mudah untuk mendapatkan keberkatan hidup dimana salah satunya ialah melalui sumbangan.

Pernahkah anda terfikir, kenapa sesetengah orang diberikan kesenangan lebih dari orang lain? Cuba fikirkan dan hayati soalan tersebut. Jika anda betul-betul faham makna sebenar soalan tersebut, anda akan pasti menangis mencari keinsafan diri.

Ramai di luar sana yang memerlukan bantuan kita. Ada diantara mereka yang mempunyai masalah kewangan yang meruncing akibat kehilangan ketua keluarga yang merupakan sumber utama pendapatan keluarga. Tiada riang, suka dan cinta, jika kita membiarkan mereka begitu sahaja, tanpa memberi peluang untuk golongan ini merasa sedikit kegembiraan hidup di dunia.

Sedikit sumbangan kita ini membawa kepada keberkatan hidup dan ia mampu membantu mereka serta memberi sedikit harapan kasih sayang dan kesyukuran dalam jiwa mereka.

“Dari Abu Hurairah R.a, bahwasanya Rosulullah SAW telah bersabda : “Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak sholeh yang mendoakannya” (H.R. Bukhori)