KEPIMPINAN

SMART IQ YATIM HOUSE ditubuhkan atas inspirasi serta ilham dari Ustaz Azki Hafizi Bin Ibrahim, Pengasas dan Pengerusi SMART IQ GROUP bersama beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah yang lain.

Sebagai sebuah Pertubuhan yang bukan berasaskan keuntungan (“Non-Profit Organization”), SMART IQ YATIM HOUSE amat menghargai kepercayaan penyumbang dan penderma terhadap peranan kami sebagai perantara antara penyumbang dan penerima bagi menyalurkan segala sumbangan yang telah diberi, kepada golongan sasaran iaitu golongan anak yatim miskin yang memerlukan bantuan serta di dalam beberapa program kemasyarakatan (samada anjuran SMART IQ YATIM HOUSE atau NGO lain) yang sejajar dengan matlamat penubuhan kami.

Ustaz Azki Hafizi serta ahli lembaga pengarah SMART IQ GROUP yang lain, bertindak sebagai penasihat dalam pengurusan Richwell, serta sering memberi pandangan dan sokongan yang padu dalam aktiviti kami.

Terima Kasih Kami ucapkan kepada semua penyumbang yang telah menghulurkan sumbangan anda.