PROJEK BAJU RAYA

Dalam Bulan Ramadhan, kita digalakkan untuk memperbanyakkan amal kebajikan dan amal ibadah kerana ganjaran yang berlipat kali ganda. Dipenghujung bulan Ramadhan semua masyarakat sibuk dalam membuat persiapan menyambut hari raya. Tidak ter

 

lepas juga bagi anak – anak yati yang kurang berkemampuan ini menyambut hari yang mulia ini iaitu hari raya. Namun bagi golongan yang kurang bernasib baik ini, mereka yang telah kehilangan punca utama pendapatan keluarga apabila kehilangan orang tua yang selama ini menyiapkan semua ini dan akibat kekurangan ini menyebabkan keluarga anak – anak yatim ini terabai dari segi persiapan menyambut hari raya yang bakal tiba nanti.

Projek Baju Raya Aidilfitri ini diadakan bertujuan untuk berkongsi kegembiraan bersama golongan memerlukan khususnya anak yatim yang mana ini secara tidak langsung telah memberi peluang kepada mereka untuk merasai nikmat sebenar menyambut Hari Raya Aidilfitri seperti rakan seusia mereka yang lebih bernasib baik kerana mempunyai ibu-bapa yang berkemampuan menyediakan kelengkapan Aildifitri.

Kegembiraan akan terpancar pada wajah  anak- anak yatim yang kurang berkemampuan ini apabila persiapan mereka dalam menyambut hari raya yang bakal tiba nanti dibantu iaitu dengan dibawa  membeli-belah keperluan persiapan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma nanti.
Kesemua mereka diraikan dalam Projek Baju Raya Aidilfitri yang merupakan kendalian SMART IQ YATIM HOUSE.

 

Selain itu, program ini juga antara inisiatif bagi mengimarahkan bulan Ramadan yang sememangnya digalakkan untuk memperbanyakkan amalam bersedekah yang menjadi tuntutan agama. Hasil pengumpulan dana daripada Kumpulan Syarikat SMART IQ serta sumbangan daripada dermawan yang budiman samada daripada Organisasi Kerajaan, Swasta, Badan Korporat serta individu persendirian,  projek tahunan ini akan mampu membantu ramai golongan anak yatim yang kurang berkemampuan ini membuat persiapan hari raya yang bakal menjelma nanti. Kesemua mereka diberi peluang untuk memilih baju sendiri di samping menerima duit raya bagi memenuhi keperluan yang lain.